7 December 2012

SAHABAT YG SEJATI

    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

6 December 2012

Sungai Congkak ^^'


 
 
 
 
 
 
 
 
 
leech festival near the River Congkak...hahaha~ menjerit2 beliau,di gigit pacat:Elina Niffira, Scha Lizan, Azryna Azry, Eja Jijot,

lelaki : Azim Ucin,Zulfiqri Croy,Ieywan Babat,Luqman Anuar and lain2...cool jew ^^'
pape pon -very enjoyable- ^^' peace
 
 
Azryna Azry
 6.12.2012 ..guys !! jgn lupe tarikh b'sjrah kte b'sme :D pling b'mkne ..m'jlajah d hutan ..dan d temani dgan makcikk ,pkcikk ,anak cgale ka0m krbat PACAT ..0uch >,< serta ta lupe jgk tawa n tngisan y wt kt0wg lmah jnt0g t'kdang'e ..haha jrit2 ..pape 0wn mang best n terbaikk :D
 
Elina Niffira
Walawey, penad 0o.. Arinie pgalaman y ta b0le dlupekan sampai bile2.. First time 0o redah hutan menuju ke aer terjun, time meredah ue, mcm2 aksi ad 0o, haha.. Y plg geli pacat merate at kaki. .w0o. .haha. .gelii si0t. , ad yg nangez la,ad yg menjeritla ,ad yg na separuh pengsan pacat ad at kaki kte0rg..haha,pep0n time da sampai ke air terjun tu, pehh. .indahnye suasane ciptaan tuhan .. Wuu~ sy0k habez 0o arinie.. =)

28 November 2012



zaman sekarang ni bukan senang nak cari kawan baik, sebab kawan baik tak akan tinggalkan kawannya keseorangan, kerana kawan baik sanggup berkorban apa saja demi menggembirakan hati kawannya.Tapi kebanyakkan kawan zaman ni cuma kawan masa gembira sahaja, bila susah mereka akan tinggalkan kita.

Masih ada ke kawan yang suka menolong ketika kawannya berduka atau sedih ataupun susah dan dia akan pergi bila kawannya itu telah temui kebahagiaan? memang mulia hati kawan yang macam ni.Tapi susahkan nak cari.Mungkin 1dalam 100.
Kebanyakannya kawan yang suka ambil kesempatan atas kesusahan kawannya sendiri betul tak?em..mintak jauhkan dari dapat kawan yang macam ni.

walau apa pun pepatah orang-orang dulu kala yang berbunyi "berkasih biar satu, berkawan biar beribu" memang betul, hidup takkan sempurna bila hidup tanpa kawan kerana tak semua rahsia kita yang boleh diketahui kekasih, percaya atau tak kawan baik lebih banyak tahu pasal diri kita berbanding kekasih kita.

jadi apa-apa pun jujurlah dalam berkawan, kerana setiap apa yang kita buat, apa yang kita berkorban, walaupun dia tak pernah nampak,dan bila kita jauh dari dia, satu hari nanti Allah akan tunjukkan juga, dan yakinlah Allah Maha Mengetahui, yang penting keikhlasan kita berkawan dengan cara dan niat yang betul. ^_^ <3 






       ha..nie kmpulan Nasyid Mujahidin lelaki...yg paling top 10...hahaha..adn kumpuln nie jugk menang dalam pentandingn Maulidur Rasul 1433,yg main gendang tu saya,yg main kerincing tu plk Radzi Kamaruddin...dan yg pakai jubah kelabu tu penyayi solo...yg suare die...blh la...heheheh

28 September 2012

Amalan Taqwa




    Amalan taqwa pula bukan setakat apa yang terkandung di dalam rukun Islam seperti puasa, zakat, haji dan sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran atau berwirid dan berzikir sambil mengira dengan tasbih. Bukan juga bersuluk dan beruzlah menjauhkan diri dari orang ramai.

Amalan taqwa bukan sahaja di surau atau di masjid. Amalan taqwa adalah apa sahaja amalan dan perbuatan di dalam kehidupan yang berlandaskan syariat sama ada yang fardhu, wajib, sunat atau harus atau apa sahaja amalan dan perbuatan yang dijauhi dan ditinggalkan sama ada yang haram atau makruh yang dibuat berserta rohnya iaitu ada batinnya, penghayatan dan penjiwaannya.
Dengan kata-kata yang lain, ada terkait dengan akal, roh dan terhubung dengan Allah, dibuat kerana Allah dan mengikut cara yang Allah mahu.  Ini termasuklah segala perkara yang berlaku dalam ke­hidupan baik dalam kehidupan seharian, dalam bidang eko­nomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran, ketenteraan, kesihatan dan sebagainya. Asalkan apa yang dibuat atau ditinggalkan itu berkait dan kerana Allah maka itulah taqwa. Amalan yang tidak berkait dan tidak dibuat kerana Allah, itu adalah amalan bangkai yang tidak ada nyawa, jiwa atau rohnya. Ia tidak sampai kepada Allah dan tidak ada apa-apa nilai di sisi-Nya.
Bercakap,membaca atau menulis boleh menjadi taqwa kalau apa yang disampaikan itu adalah ilmu, nasihat atau perkara-perkara yang baik dan manfaat dan dibuat kerana Allah. Diam juga boleh jadi taqwa kalau diam itu untuk mengelakkan dari berkata-kata perkara yang maksiat dan sia-sia atau supaya tidak menyakiti hati orang dan dibuat kerana takutkan Allah. Dalam Islam, di samping ibadah lahir, ada banyak ibadah batin atau ibadah yang bersifat rohaniah.
Ibadah lahir banyak syarat rukun dan sah batalnya. Tetapi ibadah batin tidak mengira tempat, waktu, masa, suci atau berhadas, haul atau nisabnya. Ia boleh dilakukan bila-bila masa. Ini termasuklah bertafakur, muhasabah diri, musyahadah, mujahadah, bertaubat, merintih dengan Tuhan, sabar dalam menanggung sakit, ujian, musibah, cacian, kehinaan dan makian orang, menyuburkan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dan berzikir di hati. Ini se­mua adalah amalan rohani yang boleh menghasilkan taqwa.
Yang sempurna datangnya daripada Allah SWT. Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada diri saya sendiri. Berkat ingatan dan doa agar kita sentiasa bersama sama memperbaiki diri sepanjang perjalanan hidup kita ini. Marilah kita memohon kepada Allah SWT, supaya kita dijadikan orang yang suka dan banyak bertaubat. InshaAllah
Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu.                        
 Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu.                               
Semuga ilmu yg sedikit ini akan dapat kita hayati. Aamin.


Segala puji bagi Allah SWT dan salam semuga dilimpahkan keatas   junjungan kita Nabi Muhammad SAW., keluarga serta para sahabat baginda.Dengan Rahmat dan Inayat Allah SWT berbekalkan keyakinan yang penuh terhadap sepotong Hadith Rasulullah S.A.W
“Sampaikanlah ilmu walaupun sepotong ayat”
                                                                                                     
Di antara ciri-ciri taqwa adalah:
  • Ingat Dua Perkara. 
  • Lupa Dua Perkara.
  • Menyukai Apa Yang Allah Suka.                           
  • Membenci Apa Yang Allah Benci
1. Ingat Dua Perkara
Pertama: Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak se­timpal dengan jasa dan budi orang itu kepada kita. Itu terhadap kebaikan dan jasa manusia. Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.
Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Adh Dhuha: 11)  Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik dan berjasa kepada kita. Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.            
Kedua:  Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf. Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia. Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan keder­hakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa-­dosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.
2. Lupa Dua Perkara
Pertama: Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang. Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang. Kem­balikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang.Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang. Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum’ah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.
Kedua: Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. Anggap­lah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang. Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan, ujian, musibah atau mala-petaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan. Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah.
3. Menyukai Apa Yang Allah Suka
Kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Kita buat apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah. Ini mudah kalau apa sahaja yang Allah suka, kita pun suka. Bukan soal sesuatu amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan akan membuatnya. Itu cara kita hendak meng­hiburkan Allah. Itu manifestasi dari cinta kita yang menda­lam kepada Allah.
Seseorang itu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya. Soal amalan fardhu, wajib atau sunat sudah tidak jadi per­timbangan. Semua amalan yang Allah suka akan kita buat. Ia bukan juga soal mendapat pahala atau fadhilat. Ia lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan.
4. Membenci Apa Yang Allah Benci
Kebencian kita hendaklah selari dengan kebencian Allah. Kita tinggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang dibenci oleh Allah. Ini mudah kalau apa yang Allah benci, kita pun benci. Nafsu pasti mendorong untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu itu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka.
Tetapi fitrah tetap kuat dan teguh. Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan watak nafsu. Ia suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah SWT benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang men­dalam.

Antara Percaya dan Yakin



        Sejak mencapai umur mumaiyiz, kita telah diajar tentang perkara-perkara asas islam iaitu rukun islam dan rukun iman. Rukun islam menyentuh hal-hal ibadah manakala rukun iman, hal akidah. Percaya kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan qada serta qadar. Dari itu, segala hal yang berkaitan dengan Allah seperti janji Allah dan ketentuan-Nya perlu kita percaya. Namun sejauh manakah kita yakin dengan perkara-perkara tersebut? Bayangkan situasi berikut : anda sedang menduduki satu peperiksaan. Sampai lah ke satu soalan yang amat mencabar. Anda mula berdoa, ” ya Allah, permudahkan urusanku ini,”. Berdasarkan ilmu yang telah sedia ada, anda percaya bahawa Allah akan memakbulkan doa anda tersebut. Namun yakinkah anda dalam situasi itu?
“Eh, bukan sama je ke percaya dan yakin?”
tidak.
Satu analogi yang mudah, yang dikongsi oleh Imam Muda Asyraf.
Tersebutlah kisah seorang pemanah professional. ‘Sharp shooter’ bak kata orang putih. Letaklah sebiji epal 100 meter darinya, 10/10 kali beliau pasti akan dapat memanah epal pada jarak tersebut dengan tepat. Cukup kagum, anda menjauhkan jarak epal tersebut kepada 200 meter. Namun kehandalan pemanah itu nyata terserlah apabila 10/10 kali juga beliau berjaya memanah epal pada jarak sebegitu jauh. Sekarang, jika epal diletakkan hanya 50 meter dari pemanah, mampukah beliau memanah epal itu? Anda percaya beliau mampu, menurut rekod yang dipegang. Itu definisi percaya. Yakin ialah apabila anda berani meletakkan epal di atas kepala anda, dan berdiri 50 meter dari pemanah dan tunggu lancaran satu anak panah menerusi epal yang tidak berjarak langsung dari kepala anda.