28 September 2012

Antara Percaya dan Yakin



        Sejak mencapai umur mumaiyiz, kita telah diajar tentang perkara-perkara asas islam iaitu rukun islam dan rukun iman. Rukun islam menyentuh hal-hal ibadah manakala rukun iman, hal akidah. Percaya kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan qada serta qadar. Dari itu, segala hal yang berkaitan dengan Allah seperti janji Allah dan ketentuan-Nya perlu kita percaya. Namun sejauh manakah kita yakin dengan perkara-perkara tersebut? Bayangkan situasi berikut : anda sedang menduduki satu peperiksaan. Sampai lah ke satu soalan yang amat mencabar. Anda mula berdoa, ” ya Allah, permudahkan urusanku ini,”. Berdasarkan ilmu yang telah sedia ada, anda percaya bahawa Allah akan memakbulkan doa anda tersebut. Namun yakinkah anda dalam situasi itu?
“Eh, bukan sama je ke percaya dan yakin?”
tidak.
Satu analogi yang mudah, yang dikongsi oleh Imam Muda Asyraf.
Tersebutlah kisah seorang pemanah professional. ‘Sharp shooter’ bak kata orang putih. Letaklah sebiji epal 100 meter darinya, 10/10 kali beliau pasti akan dapat memanah epal pada jarak tersebut dengan tepat. Cukup kagum, anda menjauhkan jarak epal tersebut kepada 200 meter. Namun kehandalan pemanah itu nyata terserlah apabila 10/10 kali juga beliau berjaya memanah epal pada jarak sebegitu jauh. Sekarang, jika epal diletakkan hanya 50 meter dari pemanah, mampukah beliau memanah epal itu? Anda percaya beliau mampu, menurut rekod yang dipegang. Itu definisi percaya. Yakin ialah apabila anda berani meletakkan epal di atas kepala anda, dan berdiri 50 meter dari pemanah dan tunggu lancaran satu anak panah menerusi epal yang tidak berjarak langsung dari kepala anda.

No comments:

Post a Comment